Persatuan Cat Air Malaysia. ( CAM )
Persatuan Cat Air Malaysia bermula dengan penubuhan jawatan kuasa penaja pada 13 Jun 1982 yang dipengerusikan oleh Cheah Yew Salk. Penubuhannya diluluskan pada 16 Jun 1983. Jawatan kuasanya ialah : Cheah Yew Salk ( Presiden 1 ), Tew Nai Tong ( Naib Presiden 1 ), Wong Nai Chin ( Naib Presiden 2 ), Wong Seng Tong ( Setiausaha ), Chin Kon-yit ( Penolong Setiausaha ) dan Tham Siw Inn (Bendahari ).
Tujuan penubuhanya ialah untuk menghidupkan karya-karya cat air dengan mesej tempatan. Persatuan ini mengadakan pameran tahunannya dan Berjaya menghasilkan karya-karya bermutu.
Pelukis-pelukis Cat Air Pulau Pinang
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng adalah orang yang pertama tanah air yang menghasilkan catan cat air dan mereka ini aktif dalam bidang ini, tetapi ada org lain lagi selain daripada mereka ini yang aktif dalam menghasilkan karya catan cat air antaranya ialah Tay Hooi Keat, Kuo Ju Peng dan Khaw Sia.
Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang melahirkan kecenderungan terhadap seni lukis moden berdasarkan kepada pengucapan bahasa visual yang didorong oleh keinginan sendiri serta penggunaan bahan berkarya yang baru. Sebelumnya, kegiatan seni lukis negara tertumpu dan dirujuk kepada kegiatan seni tradisi seperti ukiran, seni bina, tenunan dan anyaman. Pengertian seni moden itu juga lahir berasaskan pengolahan tampak mereka yang bersifat non tradisi, bagaikan pelukis-pelukis Impresionisme yang dianggap sebagai perintis seni lukis moden Barat dengan menolak idea romantic serta fahaman seni akademik. Namun begitu, kelahiran karya cat air mereka di negara ini bukanlah satu garis pemisah antara kesenian tradisi dengan seni moden, kerana pertalian masih tetap terukir khususnya dalam subjek dan motif karya terutamanya dalam dekat 1980-an hingga 1890-an.
Latar belakang penubuhan kumpulan ini.
Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang mempunyai pelbagai latar belakang. Pada awal 1930-an itu tidak terdapat satu pun kumpulan lukisan tempatan dan mereka ini berkarya secara berasingan. Namun begitu, ketika itu terdapat sekumpulan pelukis Eropah yang aktif dikenali sebagai Penang Impressionisme yang terdiri kebanyakannya daripada suri rumah tangga Inggeris. Meskipun waktu penjajahan itu pelukis-pelukis tempatan tidak dibenarkan menyertainya, pameran-pameran yang dianjurkan oleh kumpulan itu dapat dikunjungi mereka ( Redza Piyadasa,1983:7 ). Kunjungan ke pameran seperti ini sudah tentu memberikan inspirasi-inspirasi baru kepada pelukis tempatan dalam berkarya.
Pada peringkat awal itu, antara pelukis dari Pulau Pinang yang aktif adalah Yong Mun Seng, seorang juru gambar dan pelukis sepenuh masa, serta tiga orang guru yang terdiri daripada Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping dan Tay Hooi Keat. Pada tahun 1936, Tay Hooi Keat telah menemui Yong Mun Seng lantas menjalin ikatan persahabatan yang erat. Kedua-duanya sering berkarya bersamadalam membuat lakaran-lakaran di luar rumah. Menerusi aktiviti seperti inilah terhasilnya pertembungan antara mereka berdua. Sebagai reaksi kepada perang Impressionists, mereka bersama-sama beberapa pelukis lain seperti Kuo Ju Ping dan Lim Cheng Ean telah menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang pada tahun 1936. Ahli-ahli kelab tersebut terpengaruh dengan unsur-unsur rmantik Penang Impressionists serta catan landskap cina. Kedatangan Jepun serta meletusnya Perang Dunia Kedua telah ‘mematikan’ kelap tersebut. Sementara itu, Abdullah Ariff pula telah diterima menganggotai Penang Impressionists pada pertengahan tahun 1930-an kerana perkhidmatannya sebagai pengajar seni amat diperlukan. Kumpulan ini yang ditubuhkan pada tahun 1928nitu dibubarkan sebelum perang lagi.
Stail, Tema, Subjek dan Pengolahan Karya.
Para pelukis cat air Pulau Pinang begitu cenderung merakam keindahan pemandangan alam tempatan. Justeru itu cat air menjadi pilihan yang wajar, sesuai dengan penciptaan lakaran-lakaran luar yang spontan. Cat air mudah diolah menerusi pelbagai teknikdan kaedah seperti teknik wash, cair serta penindanan warna. Sifatnya yang mudah kering juga sesuai untuk aktiviti berkarya diluar rumah. Di samping itu, kemudahan untuk mendapatkannya menjadikan cat air sebagai bahan pengucapan tampak yang cukup popular ketika itu, meskipun sudah terdapat pelukis-pelukis yang menggunakan cat minyak. Namun begitu, penggunaan cat minyak kemudianya menjadi ppular apabila pelukis-pelukis tempatan menerima pendidikan seni secara formal diseklah-sekolah dan institusi-institusi seni lukis. Penerokaan terhadap media baru dalam berkarya menjadi aktiviti asas yang memenuhi sifat-sifat dasar seni lukis moden. Meskipun cat air begitu popular pada dekat 1930-an, pengolahannya tetap berbeza di tangan pelukis yang berlainan.
Di samping karya-karya bertemakan landskap yang merakam keindahan pemandangan alam tempatan, para pelukis cat air Pulau Pinang turut melukiskan aktiviti harian masyarakat ketika itu. Misalnya para petani disawah dan diladang kelapa, ataupun tukang besi dan tukang jahit dikaki lima. Ini dapat dihayati menerusi karya-karya Abdullah Ariff berjudul “ Coconut Plantation-Dawn “ (1960 ) dan “ Bumi Bahagia- Lombong Bijih Timah” ( 1940 ) dan “ Membaiki Baju “ ( 1948 ). Kedua-dua tema ini mampu menjadi dokumen budaya tentang kehidupan masyarakat sezaman.
Perhubungan stail atau gaya cat air Pulau Pinang dengan stail Barat tercetus menerusi penghayatan pelukis terhadap karya-karya Penang Impressionists. Sementara itu, fakta lain menyebut bahawa pengaruh Inggeris terhadap tema landskap itu wujud menerusi lakaran cat air dan cetakan akutin pelukis Inggeris sewaktu keagungan kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris di Asia Tenggara. Kemudahan pengangkutan laut berkuasa wap membolehkan para pelukis Inggeris datang ke Tanah Melayu dan membuat lakaran pemandangan kehidupan tropika yang menarik di Melaka, Pulau Pinang dan pantai-pantai yang mereka singgahi. Bagi Abdullah Ariff yang menganggotai Penang Impresionists, sudah tentu keanggotaannya itu member beliau peluang lebih besar untuk mengenali dan menghayati karya-karya pelukis Barat. Hasilnya, unsur-unsur impresionis seperti rakaman kesan cahaya dan baying jelas tergambar dalam karya-karyanya yang boleh dihubungkan dengan stail Renior dan Pissarro.
Di samping itu penghayatan terhadap karya-karya Barat, unsur-unsur romantic dalam cat air Pulau Pinang jelas berhubung dengan tradisi catan landskap Cina. Pertalian jelas wujud menerusi kespontanan sapuan berus yang dapat dikaitkan dengan seni kaligrafi, salah satu cabang kesenian terpentingbagi masyarakat Cina. Malahan, sapuan berus menjadi satu prinsip penting yang mampu menyalurkan getaranrohani atau getaran perasaan pelukis dalam berkarya.
Sapuan berus merupakan elemen terpenting dalam prinsip-prinsipmenhayati catan landskap yang terbit menerusi perkataan shan-shui, bermaksud gunung, dan air, dua unsure alam yang penting. Menghayati karya-karya yang kelihatan sayup, redup dan indah itu mengundang pengaliran rasa sayu dan kesedihan. Unsur-unsur formal dalam karya-karya catan masyarakat Cina ini terpercik ke dalam karya-karya pelukis cat air Pulau Pinang berketurunan Cina. Selain itu, kersedaran terhadap tema landskap dan alam semula jadi telah wujud dalam kesenian tradisional seperti batik dan seni ukir. Apa yang berbeza ialah nilai estetik, pengolahan visual serta falsafahnya.
Perhubungan stail landskap Abdullah Ariff dengan Impresionisme jelas tergambar menerusi kepekaanya menangkap kesan cahaya dan baying. Karya-karyanya seperti “ Coconut Plantation-Down” (1948), “ Sinar Mentari di Denai Hutan” (1956) dan “ Kerbau” (1956) memperlihatkan bagaimana perbezaan cahaya yang ketara mewujudkan kesan ruang. Kespontanan sapuan berus dalam karya-karya Yong Mun Seng, Khaw Sia dan Tay Hooi Keat pula dapat dihubungkan dengan stail catan landskap Cina yang bertalian dengan kaligrafi. Kespontanan melukis kesungguhan, keyakinan, pengaliran jiwa dan penglibatan total pelukis dalam berkarya.
Kesimpulannya karya pelukis cat air Pulau Pinang menyarankan sumber-sumber serta asas-asas awal perkembangan seni catan negara.
Sunday, October 25, 2009
persatuan catan tempatan
Posted by nazerr at 11:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment