Mata merupakan salah satu pancaindera yang telah diberi oleh Allah SWT. Fungsi mata adalah untuk melihat sesuatu objek. Walaubagaimanapun mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat sehingga satu mesej sampai ke otak untuk mentafsirkan objek tersebut. Minda kita seperti sebuah kamus lengkap. Segala yang kita lihat akan tersimpan kemas dalam ingatan samada objek tersebut baru dikenali atau sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan tersimpan dengan baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut.
Perlu diingat kebanyakan yang tersimpan dalam otak kita adalah berbentuk objek. Kita tidak mengingati sesuatu dalam bentuk perkataan. Contohnya perkataan F R U I T. Cuba lihat perkataan ini dan pejamkan mata selama 30 saat. Apakah yang anda lihat?. Anda tidak melihat perkataan F R U I T tapi sebaliknya yang anda lihat adalah buah buahan yang anda sudah kenali seperti limau, epal dan lain lain melalui bentuk, warna, rasa dan lain lain. Contoh lain bila anda melihat dari jauh warna biru dan merah dengan bentuk sebuah mentol yang mengeluarkan cahaya, maka secara automatik minda kita mentafsirkan bahawa itu adalah lambang TNB.
Kesimpulan dari contoh di atas adalah untuk menunjukan bahawa minda kita sebenarnya lebih suka menyimpan objek yang pelbagai bentuk, warna, garisan garisan dan apa juga yang bersifat kreatif. Keseluruhan sifat atau objek kreatif ini tersimpan di otak sebelah kanan. Peta minda sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak kita semua menggunakan otak sebelah kanan yang begitu kreatif sekali. Inilah konsep yang hendak dibawa melalui peta minda ini iaitu belajar mengingati melalui bentuk, warna dan lain lain.
Sunday, October 25, 2009
Bagaimana Minda Berfungsi
Posted by nazerr at 12:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment