BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 25, 2009

Sejarah catan

SEJARAH CATAN DUNIA
Catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi. Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Media yang digunakan pada masa itu adalah fresco atau mozek, menggunakan bahan- bahan semula jadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada peermukaan dinding gua. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa- peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis – pelukis Yunani yang terkenal pada zaman itu ialah Polygonotos, Zeuxis, Protogenes, dan Apelles.
Zaman Renaisans atau Zaman Pembaharuan ( Zaman pemulihan kegemilangan budaya dengan pengembalikan unsur- unsur budaya klasik Yunani dan Romawi Lama pada abad 14 – 16 ) merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Zaman tersebut dibahagikan kepada tiga peringkat, yang pertama iaitu, “ Renaisans “ peringkat awal (1378- 1500 TM ), yang kedua iaitu “ Renaisans “ peringkat kemuncak ( 1500 – 1530 TM ), Yang terakhir ialah “ Renaisans “ peringkat akhir ( 1530 – 1600 TM ). Media catan yang popular pada zaman itu ialah fresco, cat tempera, cat minyak, dan cat air. Subjek catan kebanyakannya mengambarkan peristiwa kitab suci agama kristian, potret, dan peperangan. Gaya catan zaman itu semuanya dalam bentuk realistik. Terdapat ramai pelukis realisme yang masyhur pada zaman itu. Antaranya ialah Tommaso di Giovanni Masaccio ( Itali 1401 – 1428 ) karyanya iaitu `The Tribute Money` 1427 Fresko, Leonardo Da Vinci ( Itali 1452 – 1519 ) karyanya ` Mona Lisa ` cat minyak, Louvre, Paris, Albrecht Durer ( Jerman 1471 – 1528 ) ` The Great Piece of Turf , dan Paolo Uccello ( Itali 1379 – 1475 ) karya beliau pula ` The Battle of San Romano.
Pada abad ke- 19 dan ke- 20, munculnya aliran catan baru yang mempersembahkan karya – karya bergaya semi absrak dan abstrak. Antara pelukis – pelukis yang masyhur dalam bidang catan baru ini ialah Paul Cezanne ( Perancis 1839 – 1906 ) karya beliau ialah ` Still Life ` yang menggunakan cat minyak, Vincent Van Gogh ( Belanda 1853 – 1890 ) catannya adalah ` Starry Night ` 1899, yang menggunakan cat minyak, Pablo Picasso ( Sepanyol 1881 – 1973 ) catannya bertajuk ` Three Musicians ` 1921 juga menggunakan cat minyak, dan ramai lagi pelukis yang lain.
Impresionisme aliran ini mengutamakan kesan suasana atmosfera. Perhatian diberiakan kepada warna, cahaya, serta apresiasi pelukis daripada perincian bentuk sesuatu objek atau subjek. Teknik mengenai apa yang dilihat dalam jangka masa tertentu, manakala warna yang digunakan adalah berasaskan apa yang dilihat. Zaman ini amat mementingkan kesan cahaya. Melukis di luar dan memperkenalkan tradisi ` easel painting ` iaitu catan menggunakan kekuda. Pelukis zaman ini mengolah perkara atau peristiwa yang biasa kepada sesuatu yang menarik. Wakil – wakil pelukis aliran ini ialah Paul Cezanne ( Perancis 1839 – 1906 ) ` La Montagne Sainte- Victoire ` 1886 – 1888, yang menggunakan cat minyak. Vincent Van Gogh juga terkenal dalam aliran ini ( Balanda 1853 – 1890 ) karyanya ialah ` The CafĂ© Terrace At Night ` cat minyak, serta ramai lagi pelukis yang terkenal dalam aliran ini.
Ekspresionisme pula melukis mengikut naluri perasaan atau ekpresi, iaitu melukis secara spontan berserta dengan tenaga yang datang dari dalam. Gaya lukisan yang bentuk asalnya tidak jelas kelihatan, sebaliknya warna, bentuk, garisan, dan jalinan yang diutamakan. Kesan warna Nampak rata tetapi menimbulkan kesan ruang dan gambaran tiga dimensi. Aliran ini menunjukkan gaya catan yang mengambarkan reaksi emosi terhadap subjek catan melalui warna dan garisan. Pelukis –pelukis yang terkenal dalam aliran impresionisme ini ialah Henri Matisse ( Perancis 1869 – 1954 ) karya yang berjudul ` Red Room ` (Harmony in Red ) yang menggunakan cat minyak, pada tahun 1908 – 1909 ), Andre Derain ( Perancis 1880 – 1954 ) ` London Bridge ) pada tahun 1906 yang juga menggunakan cat minyak.
Absrak Ekpresionisme, ciri – ciri catan zaman ini ialah meluahkan idea perasaan falsafah peribadi dan sejagat. Imej yang abstrak hilang sifat realistiknya, serta banyak menggunakan symbol untuk menyalutkan mesej. Aliran ini mengutamakan warna, bentuk, dan garisan. Kesan berus pula kasar, bertenaga, dan berbagai – bagai. Cara catan aliran ini spontan dan agresif. Pelbagai teknik dan media yang digunakan contohnya, merenjis lukisan cat tepat ( hard – edge ), kolaj, fotografi, catan , campuran dan sebagainya. Pelukis aliran ini ialah Jackson Pollock serta ( Amerika, 1912 – 1056 ) yang menggunakan cat minyak untuk menghasilkan karyanya yang bertajuk ` Number One `, manakala Franz Kline ( Amerika, 1910 – 1062 ) catan yang berjudul ` Painting 1952 `.
Kiubisme, ciri – ciri catan zaman ini pula ia amat mementingkan bentu – bentuk kiub dan bentuk – bentuk geometri lain. Pelukis melukis bentuk – bentuk tiga dimensi dalam catan dua dimensi. Bentuk dipecah – pecahkan supaya dapat dipandang dari pelbagai sudut. Ini mennyebabkan karya dapat menimbulkan ilusi lutsinar dan gambaran pergerakan. Zaman inijuga mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang berpelbagai, serta cara ekspresi yang bebas. Cotoh pelukis barat dalam aliran ini ialah Georges Braque ( Sepanyol 1882 - 1973 ) ` The Table `, yang menggunakan cat minyak. Seorang lagi pelukis aliran ini iaitu Pablo Picasso ( Sepanyol 1881 – 1973 ) ` Accordionist `, 1911, cat minyak.
Surealisme ciri – ciri catannya ialah menggambarkan sesuatu imej bawah sedar atau alam khayalan. Gaya catan yang spontan mengikut intuisidan garak hati tanpa berfikir atau mengkaji. Objek – objek yang tidak kena mengenadan tidak berhubungan diletakkan bersisian – sisian dalam suatu situasi yang tidak dijangka atau disangka. Pelukis barat dalam aliran ini ialah Salvador Dali ( Sepanyol 1904 – 1989 ) ` The Persistence of Memory `, 1931, media yang digunakan adalah cat minyak. Max Ernst ( Jerman 1891 – 1976 ) ` Two Children Are Threatened by a Nightingale `, 1924, cat minyak digunakan, Joan Miro ( Sepanyol 1893 – 1983 ) ` Painting `, 1933, juga menggunakan cat minyak.

0 comments: