BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 25, 2009

sejarah catan tempatan

SEJARAH CATAN TEMPATAN
Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke – 19. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri selat berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukis-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan diMalaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan / catan landskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila Seni Eropah terutama Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada seni perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat cina seperti Yu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya halatuju penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk meneruskan sara hidup masing-masing. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahanberdasarkan kreativiti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Di antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hoong Kong dan Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal tahun 1920 an terdapat pelukis yang mempamirkan hasil karyanya. Pameran Seni Lukis Seni yang terawal di Singapura ialah pameran Lian Xiao OhPastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermila apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia Timur. Pelukis- pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi di pulau tersebut. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada kepada para penaung Syarikat perniagaan Eropah.
Perkembangan seni modenboleh dikesan sehingga tahun 1920 an semasa kumpulan Peneng Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakkannya surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistikpada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak menyetai Peneng Impresionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng kung dan Abdullah Ariff. Penerimaan Abdullah Ariff di dalam kumpulan itu adalah kerana perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik seni yang diperlukan, manakala Puan Lim pulapula merupakan seorang isteri jutawan yang dapat memberi dari segi kewangan.
Pada tahun 1920 an merupakan perngkat penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yung Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan memdirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamirkan karya-karyanya di Pulau Pinangpada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negari untuk mempelajari Seni Akademi Seni halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran seni merupakan salah satu mata pelajaran seni yang telah di ajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-samadengan pertukangan tangan seperti membuat dan lain-lain seni pertukangan rakyat pada ketika itu.
1935-penuntut sekolah Seni Halus Shanghai telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-Pelukis Cina. 1936-Kelab Seni Lukis Cina P.Pinang diasaskan oleh Yong Mun Seng yang beraliran Realisme Barat dan Post Impressionisme. 1938-Lim Hak Tai menubuhkan Akademi Seni Halus Nanyang dan antara pelukis terkenal yang berjaya dilahirkan ialah Cheong Shuu Peng,Georgette,Chen Song Swee. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art.
Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal.
1949-Persatuan Seni Singapura telah ditubuhkan oleh Dr. Gibson Hill yang juga mengetuai Raffles Museum.
Tahun 50-an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Jin Leng serta beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima alatihan di England.Mereka memperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya mereka. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris, Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.
1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melukis pada hari Khamis Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan “Angkatan Pelukis Semenanjung” (APS) pada tahun 1956dengan cogan katanya “seni untuk masyarakat” dan menggunakan kaedah figurative. Pada 27Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni. Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.

0 comments: